Photobucket

Friday, April 29, 2011

Cinta Yang Tak Terlihat

Views:



Malu
Perasaan itu yang selalu menebal di hati
Bila teringat akan dia
Kerana perbezaan taraf antara kami
Membataskan aku dari menyatakan
Perasaan cinta yang sebenar-benar cinta
Pada dia


Dia mulia..Aku? Biasa saja
Dia manusia biasa, sama seperti aku
Tapi..
Dia istimewa
Terlalu istimewa
Aku malu
Untuk berhadapan dengannya
Namun akan kunantikan
Saat itu
Saat yang paling aku tunggu-tunggu
Namun sejuta syukur kupanjatkan
Andai kami berpeluang untuk bersua muka


Namun
Untuk berhadapan dengannya
Aku perlu melakukan sesuatu
Yang mudah untuk kulafazkan
Tapi sukar untuk aku laksanakan
Berdamping dengannya
Aku rasa malu
Aku hina
Penuh dosa
Yang kulakukan dalam sedar
Apa lagi yang kulakukan luar sedar
Banyaknya tidak terkira
Dia kekasih Yang Terindah
Saat aku tahu
Bahwa dia mencintai aku jua
Saat aku tahu
Bahwa aku antara hina yang terpilih
Saat aku tahu
Dia mencintai aku
Walau tanpa pernah menatap wajahku
Saat aku tahu
Dia mencintai aku
Sedangkan dia juga belum pasti akan kewujudanku
Hatiku semakin merindu
Dan pastinya
Akulah insan bertuah
Wahai Kekasih Yang Maha Indah
Sungguh aku cemburu
Akan insan sezamanmu
Yang sempat menatap wajahmu
Yang sempat berdamping denganmu
Wahai Kekasih Yang Terhebat
Sungguh aku cemburu
Akan insan sezamanmu
Yang dimuliakan kerna adanya dirimu disamping mereka
Yang dipelihara selalu kerna dirimu disisi mereka
Tapi aku juga bertuah
Kerna kau masih menyebut akan diriku
Disaat kau dijemput Dia
Sungguhpun kau tak pernah melihat wajahku
Kau tetap mencintaiku
Dan
Sungguhpun aku tak pernah melihat wajahmu
Yang suci itu
Namun, aneh..
Cintaku subuh mewangi padamu

 Jujur,
 Kerana peribadimu
Aku terpesona
Kerana budimu
Aku jatuh cinta
Rinduku padamu tiada terkata
Nantikanlah aku di alam syurga
Kerana
Selagi ada upaya
Akan ku turuti ajaranmu
Dan
Apa yang terdaya
Akan ku amalkan sunnahmu
Moga di duniaaku diberkati
Dan moga
Di akhirat sana syafaatmu menjadi milikku


 


"Sebarang komen membina untuk post ni amat diharapkan, komen la key^^"

Thursday, April 28, 2011

Perang dalam Diri

Views:


Diam sejenak
Khusyuk melayani kehendak hati


Hati berbisik
'Apa kata....Moden, bergaya ranggi...
..Itukan trend terkini.....'


Sepi.......
Minda berbisik
'Untuk apa? Maruah yang tersimpan kemas dan rapi,
Tak kan mahu dicemari..?'


Tunduk,
Bisu.....
Angin berhembus menyapa
Hati berbisik lagi
'Apa kata, ramah sikit dengan lelaki...
..Tak apa,
Cuma berkawan, bukannya nak memiliki..'


Diam....
Hayal dalam realiti
Minda berbisik
'Untuk apa, iman rapuh bak batang lidi
....Fitnah jangan sekali-kail dicari...'


Diam....
....Lagi
Senja merah beransur pergi
Bisikan hati menyapa lagi
'Apa kata, kunjungi disko....ikut wildparty...
...hiburan masa kini
Keseronokannya tak pernah terbayangi...'


Aneh
Ada garis di hujung bibir
Sorakan aneh bergema dalam diri
Tapi, siapa?


Minda tegas memarahi
'Kebahagiaan apa yang dicari?
...Dia memberimu rezeki,
..Memeliharamu dari fitnah keji,
..Menyayangimu malam, petang dan pagi
Mengapa larangannya yang hendak dituruti?
Mengapa kemurkaannya yang dicari?


Duhai hati..
Bertasbihlah atas nama Ilahi
Agar dipelihara dari bisikan yang dilaknati


Senyap
Sepi
Akur
Sejenak muhasabah diri


Kaki melangkah pergi
Membawa hati
Lesu..
Lelah..
Peperangan sanubari..
Tersadar dari lamunan
Pujian Syukur dipanjatkan pada Ilahi
Selawat salam diutus keatas Nabi
Kemenangan..
Di medan perang
Yang tak siapa pun menyedari..
Jihad memerangi nafsu sendiri..
Jihad akan cinta Ilahi




"Sebarang komen membina untuk post ni amat diharapkan, komen la key^^"

Kenapa Bukan Ilahi?

Views:


Aku hairan
Kenapa di bibir
Kau kata Ilahi
Tapi,
Di hati
Lelaki di tempat tertinggi

Aku hairan
Nyata dan pasti
Cinta Ilahi cinta abadi
Tapi,
Cinta lelaki jua yang kau cari


Aku hairan
Pabila duka menghantui
Kau adu pada Ilahi
Meratap dan menangisi
Tapi,
Pabila bahagia membunga di hati
Kewujudan Ilahi di hati
Dikaburi kebahagiaan duniawi


Aku hairan
Ayat lelaki hadam terhafal
Peneman tidur pengulit mimpi
Tapi,
Ayat Ilahi
Usahkan dihafaz, dilafaz pun jarang sekali


Aku hairan
Berkali dirimu dikhianati
Akan cinta lelaki
Tapi,
Mengapa cinta Ilahi
Yang putih suci
Tetap tidak kau endahi


Duhai Hawa,
Kebahagiaan apa yang sebenarnya kau cari?
Yang sementara atau hakiki?
Mengapa kau pilih lelaki?
Yang masih menyakiti?
Mengapa bukan Ilahi?

"Sebarang komen membina untuk post ni amat diharapkan, komen la key^^"

Tuesday, April 26, 2011

Titik Permulaan

Views:

 
Untuk titik permulaan ini..
Aku mahu menjadi matang..
Yea, matang..
Menjadi orang yang matang..
Berfikiran terbuka tapi matang..
Paling penting, penulisan blog yang matang..

..Matang..
...Matang...
....Matang....

Tapi,
Bolehkah....

Memandangkan
Ini penulisan dan luahan peribadi (tapi masih matang)
Dari seorang yang kurang matang (masih mencari kematangan)....
Tak salah kan..
Dan ayat itu.........(berfikir......dan mengeluh..)
"mencari kematangan"
Sebenarnya senang dilafaz...
Tapi.....
Susah...
Dan.
Sangat.Sangat.Sangat.
Susah..
Untuk dilakukan..
Blog yang Matang
Susah nak buat..
Yang Simple.
Yang Short.
Tapi..
Bermakna..
Yea, blog yang bukan picisan..

P/s:: Just for the beginning.....

"Sebarang komen membina untuk post ni amat diharapkan, komen la key^^"