Salam buat awak yang saye sayang
Semoga awak selalu dilindungi Allah
Maaf,
Terlalu lama menyepi
Diam bukan bererti saye tak peduli
Sekadar membiarkan masa mematangkan diri sendiri
Awak,
Tiada apa yang saye impi
Selain keredhaan Ilahi jua yang saye cari
Namun, dek percaya akan keagungan Ilahi
Dan atas perasaan berserah yang tinggi
Izinkan saye mengabdikan diri
Hanya pada Ilahi
Biarlah persahabatan jadi pengganti
Hubungan yang tek diredhai ini
Semoga ukhuwah sejati
Jadi penghindar terbitnya dosa tersembunyi
Awak,
Andai awak bersedih
Sedarlah bahawa kita hanya perintih
Dambalah kasih sayang Ilahi walaupun pedih
Kejarlah akhirat yang suci bersih
Awak,
Awak keturunan Adam yang terbilang
Dan saye tulang rusuk awak yang hilang
Jangan sesekali awak kesalkan
Di dunia mungkin kita tak ditemukan
InsyaAllah di akhirat yang tak ada sempadan
Kita di satukan
Awak,
Kerana saye sayang
Saye biarkan awak pergi dan berjuang
Kumpullah sebanyak mana yang awak mampu
Untuk bekalan kita kelak, di syurga itu
Kerana awak kekasih
Dan kerana saye juga kekasih
Kerana kita sama-sama kekasih
Kekasih pada yang Maha Pengasih



No comments:
Post a Comment