Kau masih tersenyum mengubati lara
Cuba menyelindung penderitaan yang kau rasa
Senyuman yang kau pamerkan
Menenteramkan setiap hati yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Dipangkuan isterimu, Humaira
Berdebar menunggu akan saat ketika
Diangkat rohmu menemui Yang Esa
Tangan kau celur ke dalam air
Kau sapu di mukamu mengurangkan perih
Beralun syahdu zikir terakhir
Tuturan kasih pada ummatmu akan akhirat
Dan tibalah waktunya ajal bertemu
Dengan penuh ketenangan jiwamu berlalu
Berlinangan air mata syahdu
Mengiringi pemergianmu
Oh!
Sukarnya untuk ummat menerima
Bagai payah untuk Ummar mempercaya
Tetapi iman tetap merelakan hakikat ini jua
Bahawa manusia pastikan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhana rasanya seluruh semesta
Namun, walaupun kau telahpun tiada
Bersemaraklah cintamu di hati selamanya
Ya Rasulullah kau telah tinggalkan warisan yang abadi
Pemergianmu masih dapat dirasai
Sesungguhnya dirimu amat dirindui



No comments:
Post a Comment